Cerita pasal cantik, kurus, selim.. Semua orang nak cantik, kurus, selim..
Kalau orang lain cantik, langsing tapi kita tak cantik, xselim mesti ada rasa dengki lepas tu mula nak merendah-rendahkan orang yang cantik tu.. :)
Cantik tapi kulit bermasalah pun membuatkan seseorang tu jadi tak cantik..
Mungkin cantik dari jauh tapi bila datang dekat macam bulan..
"Kenapa saya makan supplemen tapi tak berkesan?"..
Ini soalan yang biasa didengar bagi mereka yang amalkan pengambilan supplemen.
Tak kesahlah supplemen apa2 pun.
Sekarang ni kan dah macam2 jenis supplemen keluar..
Dengan kolagen lah, vitamin itu ini segala mak nenek kan?
mai sini nak tanya......
Sepanjang makan vitamin tu berapa liter air kita minum dalam sehari ?Konsisten tak kita makan supplement tu setiap hari ?Cara pengambilan kita macamana ? Selepas sarapan ? Tengahari ? Sebelum tidur ? Lepas makan ? Apa yang kita makan dan minum sepanjang pengambilan supplement tu ? Makanan ringan ? Maggie ? Ohhh .. sedap ..
Elakkan makan supplement serentak dengan ubat sebab supplement yang kita makan tu tak dapat diserap dengan baik oleh badan kita.
So tak gunalah kan ..?
Sebab tu kalau nak makan dan amalkan vitamin atau supplement ni kita kena disiplin.
Kalau rasa-rasa susah nak disiplin tu better jangan ambil je yer.
Tapi nak cantik dan sihat kan? So fikir sendiri :)
Kafein ni boleh memusnahkan vitamin yang sedia ada dalam badan kita.
Kalau tak dapat nak berhenti, boleh kurangkan pengambilan tu daripada biasa yer.
Sebenarnya perkara paling penting bila makan supplement ( makanan tambahan ) ni ialah disiplin diri dan kesabaran. Sebab benda ni bukan ubat. Ia berfungsi mengikut sistem tubuh badan kita. So yang penting makan je dengan konsisten .
Kesan supplement memang berbeza kat setiap individu.
Ada yang baru makan 2 atau 3 hari dah nampak kesan dia.
ada yang memakan masa berminggu dan tak hairan ada yang sampai berbulan-bulan.
Lagi bermasalah kulit kita lagi lama tempoh dia nak pulih.
Tapi kebanyakkan orang masa ni terus stop mengamalkan supplement sebab mungkin rasa rugi je kan ?
Semua ni bergantung kepada beberapa faktor yang amat penting yang mungkin sebelum ni kita kurang tahu atau tak tahu langsung tentangnya. Oleh itu, mari kita ambil tahu bermula hari ini! ^^,
1. Kurang minum air putih
Ini adalah perkara yang paling penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Meminum air putih dengan banyak akan membantu tubuh kita menyingkirkan toksin daripada badan dengan lebih cepat. Beli supplemen mahal2 tapi malas minum air putih. Makan supplemen dah ikut dose tapi tak sampai seminggu mula complain naik jerawatlah, ruamlah, itulah inilah.. Bila ditanya minum air putih banyak tak? Berapa liter sehari ? Jawapannya ....... 1 liter. (saya plk , minimum 3 liter sehari ?)
Okay, sebenarnya jumlah tu masih tak cukup untuk membantu badan kita menyingkirkan toksin. Sekurang2nya cuba amalkan minum air putih 3 liter sehari . Nanti kang ada pulak yang cakap, "Ala, minum air banyak2 tak larat nak ke tandas la. Asyik nak kencing jer. Nak buat kerja pun tak senang.."
Hai, itu perkara biasa la sayang. Makin kerap anda buang air kecil, makin banyaklah toksin dalam badan anda disingkirkan. Maka, makin lama makin sihat & makin cantiklah badan & kulit anda. Jangan cuma rajin ambil supplemen, tapi hal2 yang penting ni tak jaga. Jadi banyakkan minum air putih okay?
2. Tidak mengikut dose yang ditetapkan
Sesetengah dari badan kita mampu untuk mengambil supplemen dalam dose yang tinggi. Tapi ada sesetengahnya pula tidak mampu. Inilah antara penyebab ruam, jerawat dan sebagainya.Disarankan untuk permulaan, cuba ambil dalam sukatan yang sedikit dahulu.Selepas 3 hari baru tambah dose. Jika sekiranya tiba2 anda mengalami ruam atau simptom2 seumpanya, sila kurangkan dose pengambilan supplemen anda. Itu menunjukkan bahawa badan anda tidak mampu menerima dose yang tinggi. Banyakkan minum air putih berbanding air manis .
3. Tidak istiqamah
Ini pun biasa berlaku. Orang kata hangat2 najis ayam. Haha ! Hari pertama semangat makan. Hari ke-3 ke-4 mula lah ada lopong2. Terlupa ambil time pagi lah . Terlupa ambil time malam lah . Lepas tu tak sempat nak ambil lah. Macam2 alasan kan ? Itu biasa .. Hiks !
4. Pengambilan kafein or minuman berkarbonat
Kepada peminat2 minuman berkafein seperti kopi, nescafe, teh dan juga minuman2 berkarbonat tu, ini ada pesanan khas untuk anda! Kalau rasa tak sanggup nak tinggalkan minuman favourite anda tu, jadi silalah jangan makan supplemen sebab nanti membazir jer.
Kalau anda beriya amal makan macam2 jenis supplemen sekali pun, tapi minum plak kafein jawabnya memang tak ke mana lah khasiat supplemen tu sebab dah diserap oleh kafein.
Sebab tu lah tak nampak kesan. Lepas tu amuk kata supplemen tu tak baguslah, tak ori lah, orang yang jual tu penipulah. Macam2 statement negatif yang keluar kan ? Ish2, jangan buat perangai cenggini ye sayang2ku. Huduh sangat rupanya .
Nak cantik, nak sihat, tapi tak sanggup nak hidup cara sihat. Cemane tu ?
Jadi, cuba2lah kurangkan pengambilan minuman berkafein atau berkarbonat. Kalau tinggal terus lagi bagus! Sebab badan manusia ni lain2. Macam yang sis ayu bagitau awal2 tadi. Ada yang cepat nampak kesan , ada yang lambat . Bagilah masa untuk badan anda menunjukkan hasilnya. Tak semua orang dapat kesan yang terbaik dalam masa yang singkat. Yang penting disiplinkan diri & istiqamah dalam apa jua yang kita lakukan.
NOTE : Jom hidup secara sihat!